Pages

September 13, 2011

Pekerja Yang Cemerlang

Untuk menggambarkan siapakah pekerja cemerlang, seorang wartawan menemu ramah tiga pekerja di sebuah tapak pembinaan. Tiga orang pekerja itu membuat kerja yang sama - menyimen dinding bangunan. Mereka bertiga telah ditanyakan dengan satu soalan yang sama. 

Wartawan: "Awak sedang buat apa?"
Pekerja 1: "Apa awak buta ke? Tak nampak saya sedang simen bangunan inilah!" (Wajahnya masam mencuka)
............................................................................................................................

Wartawan: "Awak sedang buat apa?"
Pekerja 2: "Saya sedang menandatangani cek gaji saya." (Wajahnya selamba)
...........................................................................................................................

Wartawan: "Awak sedang buat apa?"
Pekerja 3: "Saya sedang membuat rumah untuk orang yang tidak punya rumah. Saya dapat bayangkan sebuah keluarga akan tinggal di rumah yang saya sedang buat ini." (Sambil tersenyum ceria)
............................................................................................................................

Walaupun ketiga-tiganya membuat kerja yang sama, di tempat yang sama dan diajukan soalan yang sama, tetapi pandangan mereka terhadap pekerjaan tidak sama. Ada masam, ada selamba dan ceria. Ini menunjukkan bahawa faktor pekerjaan bukan menentukan keceriaan atau kemuraman kita, tetapi semua itu ditentukan oleh tanggapan kita terhadap pekerjaan tersebut.

Sumber: Buku Mukmin Profesional, Celik Mata Hati tulisan Pahrol Mohamad Juoi

0 comments:

Post a Comment