Baca suratkhabar sambil online. Suratkhabar yang aku baca pulak semalam punya. Memang selalu ketinggalan aku. Baca pulak bahagian hiburan, kisah lucu. Memandangkan blog ni pun lama dah tak apdet. Aku sharelah kat sini.
Kisah #1
TELUR
Jimmy ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulan tiba.
Setelah mangsa dikeluarkan, Jimmy berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jimmy dengan penuh teruja menceritakan semula kemalangan yang dilihat kepada ibunya.
Jimmy: Dasyat ibu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pula putus, kepala pecah, perut terburai.
Ibu: Telurnya mana.
Jimmy: Err... Jimmy tak tahu pula ke mana tercampaknya!
Kisah #2
UNTUK APA DATANG SINI
Pensyarah: Hei kamau yang berdiri di belakang. Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang?
Lelaki: Maaf, saya tidak tahu.. encik.
Pensyarah: Apa? Tidak Tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangan?
Lelaki: Maaf, saya tidak tahu juga encik.
Pensyarah: Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?
Lelaki: Saya datang mahu memeriksa kabel lampu ini. Saya petugas TNB.
Sumber: Mingguan Malaysia
0 comments:
Post a Comment