Pages

September 2, 2011

Cuti Raya

Semua orang mesti masih dalam mood Raya. Kena plak Raya kali ni tak perlu ambik cuti panjang sebab public holiday pun dah cukup panjang. Aku Isnin cuti tapi harini kena keja. Bosan gile, opis ada dua tiga kerat jer. Tu pun masuk pejabat bukan aku buat keje, bertenet jer. Bukan niat aku nak curi tulang ek.. Sempena raya ni sistem kitaorang ditutup hingga lah Isnin depan. Kena plak keja aku ni link dengan orang lain. 

Tapi yang paling best musim raya ni jalan raya kat KL. Bukan gi jalan beraya ek.. Maksud aku jalanraya. Clear tue... Bayangkan lah pagi tadi aku lambat bangun. Time aku bangun tu sepatutnya time aku dah g kerja. Dah lambat kelam kabut r bersiap. Tapi bila aku kuar, jalan lengang jer. Aku dah tau dah, konpom aku tak lambat. So takde r kelam kabut, ilex-ilex jer.

*Gambar amik kat Google. Kurang lebih gini r jlnraya pg td
Balik keja tadi aku pegi KLCC, nak lunch merangkap makan malam. Jalanraya bagus jer lengang tapi parking kat KLCC punya lah sesak. Dekat setengah jam aku berpusing-pusing tapi masih tak jupe parking. Last-last aku benti kat entrance, amik tiket parking, gi bayar terus keluar. Bayar parking RM3.00 tapi parkingnya tak. Aku tak boleh nak cari dah. Perut berkeroncong, badan pun menggigil satu hari tak makan. Kafe kat opis aku tutup. 

Bagi mereka yang akan memandu pulang dari kampung, berhati-hati lah di jalan raya. Semoga sampai ke destinasi dengan selamat.

0 comments:

Post a Comment