Pages

September 13, 2011

Tangguh Cukai 6 Peratus Kredit Telefon Prabayar

Berita baik,

"Syarikat telekomunikasi bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan 6 peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuatkuasakan Khamis ini. 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian di Angkasapuri semalam"

Sumber: Metro Harian Selasa 13 Sep 11

Pekerja Yang Cemerlang

Untuk menggambarkan siapakah pekerja cemerlang, seorang wartawan menemu ramah tiga pekerja di sebuah tapak pembinaan. Tiga orang pekerja itu membuat kerja yang sama - menyimen dinding bangunan. Mereka bertiga telah ditanyakan dengan satu soalan yang sama. 

Wartawan: "Awak sedang buat apa?"
Pekerja 1: "Apa awak buta ke? Tak nampak saya sedang simen bangunan inilah!" (Wajahnya masam mencuka)
............................................................................................................................

Wartawan: "Awak sedang buat apa?"
Pekerja 2: "Saya sedang menandatangani cek gaji saya." (Wajahnya selamba)
...........................................................................................................................

Wartawan: "Awak sedang buat apa?"
Pekerja 3: "Saya sedang membuat rumah untuk orang yang tidak punya rumah. Saya dapat bayangkan sebuah keluarga akan tinggal di rumah yang saya sedang buat ini." (Sambil tersenyum ceria)
............................................................................................................................

Walaupun ketiga-tiganya membuat kerja yang sama, di tempat yang sama dan diajukan soalan yang sama, tetapi pandangan mereka terhadap pekerjaan tidak sama. Ada masam, ada selamba dan ceria. Ini menunjukkan bahawa faktor pekerjaan bukan menentukan keceriaan atau kemuraman kita, tetapi semua itu ditentukan oleh tanggapan kita terhadap pekerjaan tersebut.

Sumber: Buku Mukmin Profesional, Celik Mata Hati tulisan Pahrol Mohamad Juoi

September 9, 2011

Caj 6 peratus Pembelian Kad Tambah Nilai

Malam tadi masa tengok Buletin Utama, pembaca berita umumkan kad tambah nilai akan dikenakan caj 6 peratus. Terperanjat dibuatnya. 

Pasni ni kalau beli top up RM10.00 kena bayar RM10.60, kalau beli top up RM30.00 kena bayar RM31.80. Sebelum di kenakan cukai pun, kalau kat area kampung, diaorang kalau nak beli top memang kena caj RM 1.00 atau RM1.50. Alasannya kos mahal. Pelik aku. Kad top up tu bukannya kena angkut guna lori. Masuk dalam poket pun dh cukup. Tah kos apa yang mahal.

Dalam akhbar harini pun ada keluar. Mulai 15 Sep 11, syarikat telekomunikasi mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembalian tambah nilai prabayar dan pek permulaan sim. Apa pendapat anda semua. Patut ke tak patut. Untuk baca berita penuh klik link di bawah:



 

September 7, 2011

Jerebu Di Kuala Lumpur

Dah berapa harini aku perhatikan udara semacam jer upe. Macam mendung pun ada tapi hujan nya tak juga.  Yang sebenarnya berlaku Kuala Lumpur ni Jerebu. 

*Gambar ni diambil pada 7/09/11 jam 12.50 tghri

Tadi aku check dengan Google rupenya jerebu disebabkan gempa bumi yang melanda Sumatera Utara, Indonesia. Selain tue jerebu berpunca daripada cuaca kering dan hujan yang lama dah tak turun. Ni kena tanya katak kenapa x panggil hujan.


Tengok tue, KLCC dah hampir-hampir hilang dari pandangan. Sedangkan sebelum nie nampak clear jer. Sama-samalah kita doakan semoga ujan turun dan udara pulih seperti sebelumnya.

September 2, 2011

Cuti Raya

Semua orang mesti masih dalam mood Raya. Kena plak Raya kali ni tak perlu ambik cuti panjang sebab public holiday pun dah cukup panjang. Aku Isnin cuti tapi harini kena keja. Bosan gile, opis ada dua tiga kerat jer. Tu pun masuk pejabat bukan aku buat keje, bertenet jer. Bukan niat aku nak curi tulang ek.. Sempena raya ni sistem kitaorang ditutup hingga lah Isnin depan. Kena plak keja aku ni link dengan orang lain. 

Tapi yang paling best musim raya ni jalan raya kat KL. Bukan gi jalan beraya ek.. Maksud aku jalanraya. Clear tue... Bayangkan lah pagi tadi aku lambat bangun. Time aku bangun tu sepatutnya time aku dah g kerja. Dah lambat kelam kabut r bersiap. Tapi bila aku kuar, jalan lengang jer. Aku dah tau dah, konpom aku tak lambat. So takde r kelam kabut, ilex-ilex jer.

*Gambar amik kat Google. Kurang lebih gini r jlnraya pg td
Balik keja tadi aku pegi KLCC, nak lunch merangkap makan malam. Jalanraya bagus jer lengang tapi parking kat KLCC punya lah sesak. Dekat setengah jam aku berpusing-pusing tapi masih tak jupe parking. Last-last aku benti kat entrance, amik tiket parking, gi bayar terus keluar. Bayar parking RM3.00 tapi parkingnya tak. Aku tak boleh nak cari dah. Perut berkeroncong, badan pun menggigil satu hari tak makan. Kafe kat opis aku tutup. 

Bagi mereka yang akan memandu pulang dari kampung, berhati-hati lah di jalan raya. Semoga sampai ke destinasi dengan selamat.

Bermula di sini

Hallu….
Sebenarnya ni bukan blog pertama aku. Ntah dah berapa banyak Google Account aku create untuk buat blog. Aku tak suka menulis, aku lebih suka membaca.
Nape aku buat blog?
Aku buat blog pasal aku suka tukar-tukar design blog yang sedia ada. Aku nak belajar guna HTML. Kalau code ni apa guna, apa coding untuk buat macam tue, macam mana nak tukar header, nak create font, nak tukar saiz & macam-macam lagi lah yang aku boleh belajar.  Aku bukan design sendiri, Cuma amik template dari web yang free template. Pastu ubah lah sana sikit, sini sikit. Kadang-kadang tu geram gak bila x menjadi. Sampai sakit kepala.
Nape aku x guna account yang aku dah create sebelum ni?
Tu lah masalahnya. Aku ni banyak makan semut agak. Bila dah seminggu dua tak login blog, aku mulalah lupe password. Dah tau macam tue bukannya aku nak tulis mana-mana login ID dan password. Ni pun x lama lagi mesti aku lupa gak. Membazir  ID Google jer.
Template yang aku guna ni dari web ni. Ni pun x serupa macam design dia. Bila aku download separuh jer yang kuar. Jadilah. Ni upe design asal.