Pages

October 31, 2012

Murtad

*Gambar ni aku amek dari web fixi sebab malas
 nk snap gambar pastu nak upload plak kat laptop

Murtad mengisahkan dua beradik kembar; Adam dan Akhil yang datang dari Utara ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Di saat mereka hampir berputus asa, ada insan yang datang menawarkan pekerjaan. Yang peliknya mereka tidak perlu melalui proses temuduga bahkan tidak bertemu dengan majikan yang ingin menawarkan mereka pekerjaan. Mereka hanya menerima sekeping kad tertera alamat yang diselitkan di celah kotak rokok Oleh kerana mereka memang memerlukan pekerjaan maka mereka pergi ke alamat yang diberikan. Tawaran bekerja pun hanya diberikan melalui telefon bimbit sebab tempat mereka pergi tu tiada sesiapa pun bekerja atau tinggal kat situ.

Kerja yang ditawarkan? Sebagai pembunuh kepada mereka yang murtad. Tapi mereka takde terus datang membunuh. Selepas individu yang dikenalpasti diberikan nasihat tetapi masih tidak mahu kembali ke pangkal jalan, barulah tindakan seterusnya diambil oleh pasangan kembar tersebut. 

Buku ni bagi aku sangat menarik. Jalan cerita dia lain dari kebiasaan. Paling aku suka ayat yang digunakan penulis. Walaupun buku ni pada pendapat aku sepatutnya buku yang berat, tengok tajuk pun dah rasa macam tu. Tapi cara penulis mengolah menjadikan buku ni dipenuhi dengan lawak jenaka. Ikutkan kalu cerita pasal pembunuhan mestilah serius. Kena pulak loghat utara yang digunakan lagilah bertambah lawak. Bahasa dan ayat dia seolah-olah seperti apa yang kita biasa tuturkan seharian. Rasa macam kita pulak yang pegang watak tu. Di antara ayat yang digunakan:

Akhil nak keluar beli rokok tapi tak jupe kunci kereta
AK : "Kunci kereta aku. Ada hang nampak?"
AD : "Try tepon kot-kot boleh tau kat mana."
AK : "Tipon apa?"
AD : "Kunci hanglah."
AK : "Tu kunci keretalah bangang. Bukan aku Cari handset."

Maria tau yang Adam ada kembar.
A : "Tau mana kami ni kembaq?"
M : "Ada la..."
A : "Tu dia aih.... Macam retis!"

Adam tengah kayuh basikal dan Akhil tengah perhati bersama Zulaika.
A : "kalau Adam tu masuk Le Tour  de Langkawi, senang-senang dia boleh champion"
Z : "Dia masuk nak bawa basikal apa? Basikal cabuk tu?"
A: "Beskal tu ada penunggu. Kayuh perlahan dia laju. Kalau kayuh laju lagi dia laju.... Tapi kalau pompuan bawak dia kena bogel. Baru laju"
Z : "Aishhhh.. Teruk"
A : "Dah mana yang tak lajunya... kalau orang kampung tengok pompuan bogel naik beskal. Tak ke kena ligan sampai ujung kampung. Tu pasai laju" 

Jadi kalau nak tau siapa yang mengupah Adam dan Akhil, Siapa Maria dan Zulaika, apa kesudahanya, nak baca sambil gelak macam aku, apa lagi. Dapatkan lah buku murtad. Tapi untuk makluman, melalui pengalaman aku sendiri, buku ni susah betul nak cari. Setakat yang aku pernah jumpa kat Popular dan Kinokuniya. Borders aku tak pasti, mengikut maklumat dalam laman web fixi MPH ada. Tapi kedai buku seperti SMART dan Pustaka Rakyat aku pernah cari memang takde. Bila aku sebut penerbit, lagilah diaorang tak tau. Mungkin pasaran belum sampai situ kot. Ada rezeki belilah lah, takpun pinjam kat perpustakaan. Serius cerita dia best. Tak rugi beli, memang untung kalau baca. Dapat release tension. Untung kan... 

Penulis : Hasrul Rizwan
Penerbit : Buku Fixi
Muka Surat : 323
Harga : RM19.90

*Untuk makluman aku takde kena mengena dengan penerbit, penulis, pencetak atau sesiapa/apa-apa yang berkaitan dengan buku ni. Aku hanya pembaca. Jadi apa yang aku tulis hanya pandangan aku semata-mata tiada niat untuk memburukan/mengaibkan/menciplak, dll. Lain pembaca lainlah pendapat dia.

0 comments:

Post a Comment