Pages

December 23, 2012

Perpisahan Ini

Masa itu akhirnya tiba jua.

Nak mengelak, nak melarikan diri, masa tetap menghampiri.

Perit seh.... Walau kitaorang bersama cuma seketika, tapi kenangan yang tinggal akan kekal untuk selama-lamanya. Pelikkan, aku cuma kenal dia sekejap jer, tapi rasa macam dah bertahun-tahun kitaorang bersama. Boleh bergurau senda, bergelak ketawa, nyembang selamba jer. Takde protokol, tak perlu nak cover. Kalau aku nak gelak kuat-kuat pun takde masalah. Pendek kata kalau aku nak sepak dia pun ok jer. Hahaha... berani ker.

Sekarang dia pergi untuk sebuah kehidupan yang lebih baik demi masa depan. Di hari terakhir dia, takde satu saat pun aku tak ingat dia. Sampaikan bila aku tido, aku boleh terjaga sebab macam terdengar lagu yang dia guna untuk ringtone dia. Hish... parah, memang parah. Hari pertama tanpa dia, gile terasa, hari kedua cuba untuk berlagak selamba, hari ketiga, ok aku yakin boleh. "Sebelum ni pun hidup tanpa dia, elok jer, so sekarang ni life back to the way it used to be". Tapi kenyataannya tak semudah yang diucapkan.

Di sebalik perpisahan ini ada rahmat yang tersembunyi. Walau pun aku tak pernah ungkapkan tapi aku percaya, dia tau apa yang aku rasa. Walau hari-hari dia ungkapkan, aku seboleh-bolehnya untuk tidak mempercayai. Hubungan yang tercipta adalah sesuatu yang amat mustahil untuk berkekalan selamanya. Yang kekal adalah memori dan kenangan Betul kata dia, aku akan ingat sampai bila-bila. Yelah kot, melainkan aku  hilang ingatan jer. Perpisahan ini adalah yang terbaik sebelum ada hati yang terluka.

"Awak, jika takdir Allah mahukan kita bersama, jika saya terima qada dan qadar yang tertulis, belum tentu saya boleh pertahankan cinta ini seperti yang awak inginkan. Maafkan saya. Saya pasti awak mengerti kenapa. Terima kasih untuk kenangan yang awak tinggalkan. Terlalu indah untuk dilupakan"

I Miss You So Much

December 6, 2012

Sayang - Zamree


Kebelakangan ni. degupan jantung aku rasa tak menentu. Kejap laju, kejap pelan. Jangan benti berdegup sudah. Amalan belum cukup lagi. Ada sorang sahabat yang semakin lama semakin rapat, tapi terasa semakin jauh. Aku senang bila bersama dia. Sikap dia yang selamba tapi masih tahu di mana batasan dia, perangai gila-gila yang sentiasa buat aku ceria, kata-kata dia yang tak penah nak menyakitkan hati, keprihatinan dia yang buat aku rasa sangat dihargai. Menghitung hari kerana rezeki dia bukan disini lagi tapi diberikan rezeki yang lebih baik di sana.

Memikirkan hari-hari yang mendatang takkan sama seperti sekarang, ada rasa pilu di hati. Susah nak diterangkan. Teringat pun boleh buat sebak, apatah lagi bila tiba masanya nanti. Sungguh aku bersyukur dan menghargai saat-saat dia ada disisi. Walaupun cuma sementara tetapi meninggalkan kesan yang mendalam. Semoga dia mendapat yang terbaik disana. Terima kasih untuk segalanya. Seketika cuma tapi tak mungkin akan dilupa.

Sayang

Sayang
Bagai ada suara yang halus
Yang memanggil aku mencarimu
Namun perjalanan ini semakin terhenti
Dipagari duri-duri

Sayang...
Daku cuba miliki hatimu
Persis hari-hari ku yang lalu
Namun kemesraan ini setakat di sini
Tidak ku terdaya lagi

Demi hati yang semakin tersiksa 
Mencari-cari harga diri
Aku bagai tersingkir
Mengharap pengertian
Juga keyakinan
Agar dapat ku teruskan perjalanan ini
Biarpun kita tak mungkin bersama

Sayang
Daku cuba miliki hatimu
Persis hari-hari ku yang lalu
Namun kemesraan ini setakat di sini
Tidak ku terdaya lagi

November 28, 2012

Hiburan

Seorang gadis yang Bahasa Inggerisnya teruk telah terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan-jalan:
Gadis  :  "I'm sorry"
Pelancong  : "I'm sorry too"

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang dikatakan oleh pelancong itu, kemudian dia terus berkata:

Gadis  : "I'm sorry three"
Pelancong  : "What are you sorry for"

Gadis  : "I'm sorry five"
Pelancong  :???????


November 25, 2012

Teknologi Pengantara Komunikasi



Baru-baru ni aku menghadiri kursus anjuran tempat aku bekerja. Yang bestnya kenderaan untuk pergi ke tempat kursus disediakan. Begitu juga dengan penginapan. Tak cukup dengan tu makan minum pun disediakan. Syukur.... Senang cerita semua keperluan kursus disediakan tinggal tak dapat duit poket jer.


Untuk tempat tinggal, 4 orang berkongsi 1 bilik. Walaupun kedengaran padat bile disebut (4 ORANG 1 BILIK???) sebenarnya sangatlah selesa. Mungkin sebab aku ni bukan jenis yang cerewat sangat kot. Kena pulak semua tu percuma, apa lagi nak berkira, bersyukur jelah. Walaupun sebilik 4 orang tapi katil 1 sorang tau. Setiap sorang dapat single bed. Ko ada.... mesti g kursus dapat katil kongsi kan... Malu nak ngaku ler tu. Tapi yang aku nak cerita ni bukan pasal kongsi katil.

Al-kisahnya kitaorang berempat ni bekerja di satu tempat yang sama tapi bahagian yang berlainan. Dalam dewan, sewaktu kursus sedang berlangsung kitaorang semua fokus pada apa yang diajar. Yelah kalau tak sia-sia jelah datang. Bila kursus tamat, masuk jer bilik semua fokus pada gadget masing-masing. Tinggal sebilik berempat tetapi seolah-olah tinggal sorang-sorang. Tanpa suara, tiada bicara. (Ehh... puitis lah pulak). Sungguh, itu yang berlaku. Di zaman teknologi yang serba moden dan canggih ni, gadget telah mengambil alih tempat untuk mengisi masa lapang.

Kalau zaman dulu-dulu, duduk sebilik macamni lah masing-masing sibuk bercerita atau mungkin lebih kepada mengumpat. Tak kisahlah yang penting komunikasi tu ada. Masa tu semua keluarkan segala kacang, keropok, jajan, kerepek dan segala benda yang dibawa. Memang meriahlah. Walapun kadangkala tu kita mungkin tidak mengenali antara satu sama lain. Sekarang ni masing-masing lebih suka menyembang dengan kawan-kawan Facebook, mengumpat dalam Twitter ataupun lebih rela bercucuk tanam kat Farmville daripada menyembang dengan kawan-kawan sebilik.

Bayangkanlah keadaannya 10 tahun akan datang. Entah-entah masa tu aku tak merasa  pun duk free, makan minum tanggung. Semua kursus dibuat online boleh follow kat mana-mana jer, macam follow Twitter. Entahlah, teknologi ni ada baik dan ada buruknya. Manfaatkan teknologi tapi jangan dilupakan budaya kita, amalan kita.




*Gambar ambik kat Google

November 21, 2012

Novel Terbitan Fixi

Hajat di hati harini nak buat review pasal buku terbitan Fixi. Pastu baru teringat semua buku terbitan Fixi yang aku ada member aku dah angkut Ahad lepas. Tak banyak mana pun. Dia ni kalau datang umah kejenye takde lain."Buku ni ko baru beli ek?" (Buat-buat tanya. Mukadimah ler tue.) Pastu, "Aku nak pinjam ek. Tak kira ler ko bagi ke tak, aku nak pinjam gak." Kalau dah gini ayatnye, tu kira pinjam ke? Tu paksa namanya.


Sebagai kawan yang permurah (masuk lam bakul, duk diam-diam dalam tu) aku pinjamkan gak. Dan semestinya bermacam pesanan aku sertakan.

"Ko jaga elok-elok tau. 
Bila baca ko jangan lipatkan, guna penanda buku. 
Ko jangan kangkangkan buku aku, letak elok-elok. 
Jangan bagi kotor. Kalau tangan basah jangan terus pegang buku.
Camne aku bagi pinjam, camtu ler rupa dia bila ko pulangkan balik.
Kalau kotor, siap ko."

Hehehehe... ikhlas ke tak ikhlas aku nak pinjamkan buku ni. Aku ikhlas tapi jangan ler main cincai jer walaupun tu sekadar buku. Sebab setiap buku (novel) aku, bagi aku sangat berharga. Ni pun dah berangan-angan kalau ada rezeki nak buat ruangan khas untuk tempatkan semua buku aku. Kiranya ala-ala library ler. Memandangkan tak dapat nak buat review buku kita tengok gambar dia jerlah. Buku terbitan syarikat lain ada tapi sekarang ni aku macam tengah obses dengan novel keluaran Fixi. Tu yang semangat tu.


Ni gambar sebelum buku ni semua berbaju


Abaikan majalah yang bersepah tepi tu.


Haaa.... Ni dah berbaju tapi Buku Murtad tu tu masa ambik gambar tak sempat nak pakaikan.

*Bila tiba masanya, tolonglah pulangkan buku aku dalam keadaan asal sebagaimana ia sebelum dipinjam.


October 31, 2012

Murtad

*Gambar ni aku amek dari web fixi sebab malas
 nk snap gambar pastu nak upload plak kat laptop

Murtad mengisahkan dua beradik kembar; Adam dan Akhil yang datang dari Utara ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Di saat mereka hampir berputus asa, ada insan yang datang menawarkan pekerjaan. Yang peliknya mereka tidak perlu melalui proses temuduga bahkan tidak bertemu dengan majikan yang ingin menawarkan mereka pekerjaan. Mereka hanya menerima sekeping kad tertera alamat yang diselitkan di celah kotak rokok Oleh kerana mereka memang memerlukan pekerjaan maka mereka pergi ke alamat yang diberikan. Tawaran bekerja pun hanya diberikan melalui telefon bimbit sebab tempat mereka pergi tu tiada sesiapa pun bekerja atau tinggal kat situ.

Kerja yang ditawarkan? Sebagai pembunuh kepada mereka yang murtad. Tapi mereka takde terus datang membunuh. Selepas individu yang dikenalpasti diberikan nasihat tetapi masih tidak mahu kembali ke pangkal jalan, barulah tindakan seterusnya diambil oleh pasangan kembar tersebut. 

Buku ni bagi aku sangat menarik. Jalan cerita dia lain dari kebiasaan. Paling aku suka ayat yang digunakan penulis. Walaupun buku ni pada pendapat aku sepatutnya buku yang berat, tengok tajuk pun dah rasa macam tu. Tapi cara penulis mengolah menjadikan buku ni dipenuhi dengan lawak jenaka. Ikutkan kalu cerita pasal pembunuhan mestilah serius. Kena pulak loghat utara yang digunakan lagilah bertambah lawak. Bahasa dan ayat dia seolah-olah seperti apa yang kita biasa tuturkan seharian. Rasa macam kita pulak yang pegang watak tu. Di antara ayat yang digunakan:

Akhil nak keluar beli rokok tapi tak jupe kunci kereta
AK : "Kunci kereta aku. Ada hang nampak?"
AD : "Try tepon kot-kot boleh tau kat mana."
AK : "Tipon apa?"
AD : "Kunci hanglah."
AK : "Tu kunci keretalah bangang. Bukan aku Cari handset."

Maria tau yang Adam ada kembar.
A : "Tau mana kami ni kembaq?"
M : "Ada la..."
A : "Tu dia aih.... Macam retis!"

Adam tengah kayuh basikal dan Akhil tengah perhati bersama Zulaika.
A : "kalau Adam tu masuk Le Tour  de Langkawi, senang-senang dia boleh champion"
Z : "Dia masuk nak bawa basikal apa? Basikal cabuk tu?"
A: "Beskal tu ada penunggu. Kayuh perlahan dia laju. Kalau kayuh laju lagi dia laju.... Tapi kalau pompuan bawak dia kena bogel. Baru laju"
Z : "Aishhhh.. Teruk"
A : "Dah mana yang tak lajunya... kalau orang kampung tengok pompuan bogel naik beskal. Tak ke kena ligan sampai ujung kampung. Tu pasai laju" 

Jadi kalau nak tau siapa yang mengupah Adam dan Akhil, Siapa Maria dan Zulaika, apa kesudahanya, nak baca sambil gelak macam aku, apa lagi. Dapatkan lah buku murtad. Tapi untuk makluman, melalui pengalaman aku sendiri, buku ni susah betul nak cari. Setakat yang aku pernah jumpa kat Popular dan Kinokuniya. Borders aku tak pasti, mengikut maklumat dalam laman web fixi MPH ada. Tapi kedai buku seperti SMART dan Pustaka Rakyat aku pernah cari memang takde. Bila aku sebut penerbit, lagilah diaorang tak tau. Mungkin pasaran belum sampai situ kot. Ada rezeki belilah lah, takpun pinjam kat perpustakaan. Serius cerita dia best. Tak rugi beli, memang untung kalau baca. Dapat release tension. Untung kan... 

Penulis : Hasrul Rizwan
Penerbit : Buku Fixi
Muka Surat : 323
Harga : RM19.90

*Untuk makluman aku takde kena mengena dengan penerbit, penulis, pencetak atau sesiapa/apa-apa yang berkaitan dengan buku ni. Aku hanya pembaca. Jadi apa yang aku tulis hanya pandangan aku semata-mata tiada niat untuk memburukan/mengaibkan/menciplak, dll. Lain pembaca lainlah pendapat dia.

October 23, 2012

Siaran Terlewat : Rokok Naik Harga

Berita baik untuk perokok yang tengah berjimat. Sudah-sudahlah tu. Benti jer merokok.

KUALA LUMPUR 21 Okt. - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai esok.
"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.
"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh dalam satu kenyataan.

Harga baharu rokok bermula esok adalah seperti berikut:-

Rangkaian DUNHILL - RM10.20

Rangkaian KENT - RM10.20

Rangkaian PETER STUYVESANT - RM8.70

Rangkaian PALL MALL - RM8.70

PALL MALL Biasa - RM10.60

BENSON & HEDGES - RM10.20

LUCKY STRIKE PLAIN - RM10.60

ROTHMANS INTERNATIONAL - RM10.60

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau tersenarai yang kedua terbesar dunia. - BERNAMA

October 8, 2012

Terpandang Terus Terpaut

Harini lepas keje aku gi merayau kat Carefour, tak cukup situ aku pergi Giant pulak. Asalnya aku nak cari recorder untuk memudahkan kerja. Dua tempat aku gi ni ada jual tapi takde yang berkenan di hati. Ada senang nanti nak gi Low Yatt survey. Last-last aku singgah kat News Plus. Ermmm... terpandang jer terus terpaut. Mereka nampak sangat sweet dan sangat-sangat sepadan. Tak perlu fikir panjang, ambik, bawa gi kaunter, bayar. Jadi hak milik kekal.




*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
I loikee.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

InTrend Oktober 2012
Sweet kan pasangan ni

 Izara Aishah pun ada

 Juliana Evans

Gambar perkahwinan artis.
Selain daripada ni ada Lisa Surihani, Fasha Sanda, Natasha Hudson, Nurul Wahab, Irma Hasmie & gambar pertunangan Misha Omar pun ada
Dapat free booklet Carlo Rino


   Artikel menarik ; 
   Perkahwinan Jarak Jauh
   Tips daripada jurusolek2 terkenal tanahair.

*Entry ni tak ditaja okey. Just nak kongsi jer. So kalu berminat dapatkan naskah anda. 
Sori kalau kualiti gambar tak berapa. Maklumlah, guna henpon jer..

October 2, 2012

Kepercayaan

Mesti ramai di antara kita percaya pada perkara yang sama kan..


Berkongsi sekadar untuk renungan.


September 24, 2012

Curang

Mereka yang berpasangan mesti takut dengar perkataan curang. Tak kisah lah bercouple ke, bertunang ke, yang berkahwin lagilah ketakutan.

Minggu lepas kawan aku (kategori kawan rapat ler jugak), call. Masa dia call aku tak jawab sebab keluar. Aku ni kalau keluar sekejap memang selalu tak bawa henpon. Bila balik jer aku tengok ada 5 miss call. Kalau dah banyak tu miss call nye mesti urgent lah kan. Aku pun return call. Dia plak bz dan bagitau jap lagi dia call balik.

Tak sampai 5 minit kawan aku tu dah call balik. Tak sempat nak tanya apa kes kawan aku dah terjah. "Aku sedih sangat, rasa nak jer jerit, nak marah." Aku tanyalah, "nape, apa kes?". Masa tu suara dia aku dengar dah lain macam. Bunyi cam nanges. "Bf aku buat hal". Cite punya cite, rupanya selama ni bf dia ada berhubung dengan pompuan lain. Kalu setakat berhubung bertanya khabar tu, takde masalah ler kan. Ni kawan aku kata setiap hari bergayut, tak penah miss walau sehari pun. Kalau tak bf dia call, pompuan tu akan call. Bercakap pulak bukan seminit dua, 2-3 jam ler juga katanya. Aku tanya camne ko tau. Dia terjumpa bil telefon bf dia. Hari-hari ada call nombor yang sama. Sapa tak kecewa weii... Kalu aku pun sama.

Aku tak dapat nak tolong apa. Cuma bagi nasihat tang mana yang perlu. Aku cuba untuk tak jadi batu api yang boleh buatkan marah dia lagi berapi-api. Menasihati dia serasional (ada ke perkataan ni) yang boleh. Cuba tak terlalu memberi tekanan. Kang tak pasal meroyan terus.

Tanda-tanda awal bila pasangan mula pasang lain (ni daripada yang dia cite dan yang aku baca)

1. Henpon 24 jam lock. Sekarang zaman kan semakin canggih. Hp bila disentuh oleh orang lain selain daripada tuan dia, terus keluarkan siren. Hebat!! Dulu kereta bomba dengan polis jer ada siren, selain daripada mainan budak-budak. 

2. Kalau dia unlock dan bagi tengok pun, bila nak check msg pun kena masukkan passwod gak. Gile canggih. Aku ni masih guna hp dulu kala, takde sume tu.

3. Bila hp bunyi, jawab call gi jauh-jauh sikit daripada tempat pasangan berada.

4. Bila call jer, memanjang busy mengalahkan PM kita.

5. Bila keluar dating berdua, tak boleh nak lama. Pastu resah semacam, asyik berwaspada terhadap persekitaran. Teori aku; kemungkinan dia takut terserempak dengan scandal atau mereka yang mengetahui hubungan dia dengan scandal.

6. Lagi 1 bila keluar asyik layan hp jer. Pastu senyum sorang-sorang. Muka pun berseri-seri. Rupanya berbalas msg.

7. Tetiba jadi berminat dengan perkara yang dia tak minat sebelum ni. Contohnya bila call dia tak jawab. Pastu bila return call dia bagitau yang baru balik jogging. Tak ke pelik sedangkan sebelum ni berpeluh sikit pun bising. Ni tetiba plak berjogging.

8. Dah pandai melawa. Baju, kasut, seluar, semua smart. Bila keluar semua harus sepadan. Tak cukup tu sembur pulak minyak wangi sedangkan sebelum ni iya-iya kata tak biasa pakai minyak wangi. Setakat guna bedak talkum jer.

9. Bila weekend, belum sempat kita ajak keluar, dia dah siap bagitau. "Minggu ni nak rehat kat rumah jer, penat lah / rasa kurang sihat". Penat amenda, dah ada appoitment yang lain mana tak nya. Tu sekadar alasan untuk cover.

10. Bila dah berjanji nak keluar sama plak, tetiba last minit dia batalkan. "Sorrylah, terlupa ada sedara buat kenduri.Kita keluar lainkali ek. Sorry sesangat".

Ni di antara tanda-tanda awal pasangan anda mungkin ada menyembunyikan sesuatu daripada anda. Mungkin ada yang betul tapi mungkin ada gak yang tak tepat. Ni aku analisis (cheewaahh macam prof plak) daripada pengalaman kawan-kawan dan opkos pengalaman sendiri. Hehehe... Renung-renungkan lah. 


September 18, 2012

Panduan Mencari Isteri

Bagi mereka yang masih belum berumahtangga, panduan ni mungkin boleh membantu. Hati-hati semasa membuat pilihan. Jangan sampai tersalah pilih.



p/s Bagi yang rasa diri dia dah puas hidup bolehlah pillih nombor 10


September 14, 2012

Teman Pengganti

Pagini baca Mstar Online pasal lagu Teman Pengganti nyanyian Black ft Malique dikatakan melodinya dicedok daripada lagu nyanyian Noorkumalasari, Hati Seorang Kekasih. Pertama kali aku dengar lagu ni dulu memang jatuh cinta. Mula tu jatuh cinta dengan melodi dia. Pastu Google cari lirik dia. Bila dah baca lirik dia lagi lah aku suka. 

Berbalik kepada cerita Mstar Online, memang intro lagu Teman Pengganti ni diambil berdasarkan melodi Hati Seorang Kekasih. Namun mengikut kata Pengurus A&R Warner Muzik (M), itu bukan satu kesalahan kerana persamaan irama kod muzik pada kebanyakkan lagu adalah perkara normal dan yang penting ia mematuhi melebihi kiraan tertentu iaitu tidak melebihi lapan bar. (Apa kiraan tu aku pun kurang jelas sebab aku hanya tau dengar lagu, jauh sekali nak memahami undang-undang muzik). 
So kita abaikan perkara tu. Yang penting lagu ni sedap di dengar. Untuk lebih menghayati aku sertakan lirik dia. Enjoy....




Teman Pengganti
Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama


Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka


Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami


Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


September 10, 2012

Balai Bomba Pun Terbakar

Marjan adalah seorang kaunselor terkenal. Dia mempunyai ramai pelanggan yang datang mendapatkan nasihatnya. Sebahagian besar daripada mereka telah berjaya dipulihkan termasuk yang hampir menjadi gila. Sandera adalah salah seorang yang pernah mendapat khidmat nasihat Marjan kerana putus cinta dan hampir terjun bangunan. Suatu hari Sandera terkejut apabila nampak Marjan dalam wad sakit jiwa.


Sandera : En Marjan masuk wad sakit jiwa?
Marjan : Iya. Biasalah tu.
Sandera : Apa yang biasa? Bukankah Encik Marjan boleh mengelakkan orang jadi gila?
Marjan : Apa nak dihairankan, Balai Bomba pun boleh terbakar.


Sumber gambar daripada Google. Comel kan.

Sumber : Mingguan Malaysia 26 Ogos 2012

September 8, 2012

Mak Nak Cerai

Pada satu petang yang hening, abang Karim duduk berehat-rehat di depan rumah sambil menghisap rokok keretek. Sementara anaknya, Khai yang berusia 3 tahun bermain di ruangan tengah. Isteri abang Karim, Minah memang rajin memasak. Ada saja menu masakan Minah yang menggembirakan hati abang Karim. Tiba-tiba....


Khai : Abahhhh... mak nak cerai.

Abang Karim : Hahhhh!!!!! (Cakap dalam hati: Apahal pula Minah minta cerai). Minah, apa kurang ke kasih sayang abang kat awak? Tergamak awak buat abang macam ni!!!

Minah : Apa yang abang merepek sangat ni. Susah sangat ke nak bagi bang?

Abang Karim : MINAH! AWAK JANGAN UJI SAYA!

Minah : Iya... Saya serius ni. Cepatlah.

Abang Karim : MINAH, AWAK MELAMPAU!

Minah : Yea buatlah abang Karim ooiii. Saya nak masak gulai ni. Cepatlah ambil serai tu. Anak kita tak cakap kat awak ke?

Abang Karim : Hah serai!???? Bertuah punya anak. Pelat!

Gambar dapat kat Google

Sumber : MIngguan Malaysia 2 Sept 2012

September 6, 2012

MATTA FAIR 2012



Rasanya ramai yang menanti kedatangan Matta Fair.

Esok Matta Fair Datang Lagi.

Bermula 7 - 9 September 2012

Jam 10 pagi sehingga 9 malam.

Bertempat PWTC Kuala Lumpur

Bayaran Masuk untuk Dewasa RM4.00/seorang. 

Manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun PERCUMA


Lain-lain Negeri


Perak 
7 - 9 September 2012
Bertempat di Ipoh Parade

Pahang
14 - 16 September 2012
Bertempat di Kuantan Parade

Selangor
7 - 9 December 2012
Bertempat di Hall 4, PWTC KL
(6th Selangor MATTA Islamic Travel Fair (SMITF)

Penjenayah Paling Dikehendaki

Seorang guru membawa beberapa anak muridnya melawat sambil belajar ke sebuah balai polis. Ketika berada di sana seorang anggota polis sibuk memberi penerangan kepada para pelajar tersebut. Di akhir penerangan dia membuka ruang untuk sesi soal jawab.

Murid : Cik saya nak tanya, kenapa ada banyak gambar orang di dinding balai polis ini?

Polis : Itu semua gambar penjenayah yang dikehendaki. Mereka ini telah banyak melakukan jenayah berat dan pihak polis sedang berusaha untuk menangkap mereka.

Murid : Kenapa tak tangkap mereka ketika mereka sedang mengambil gambar?

Pegawai polis tersebut terpingga-pingga nak menjawab soalan murid itu.



p/s : Share dari blog milik orang lain tanpa kebenaran. Sebagai salah seorang rakyat yang bertanggungjawa, aku sharekan sumber asal. Peace... 

Sumber : Mijamedia