* Gambar aku ambik dari website fixi
Kelabu ni merupakan novel terbitan Fixi yang pertama aku beli. Sumpah lepas baca Kelabu ni, dalam tahun pertama aku jadi pengikut tegar novel Fixi. Boleh dikatakan masa tu pantang jupe novel Fixi mesti nak beli. Kena pulak novel keluaran Fixi bukan semua kedai buku ada. So bile jupe jer terus rembat. Sekarang ni dah slowdown sikit, bukan pasal cite tak best, buku terbitan syarikat lain pun aku dah kurang beli.
Kelabu ni mengisahkan tentang Amir yang yang menjadi rebutan gadis seperti Jun, Su, Natalia.Su ni memang ex gf Amir, Jun pada mulanya hanya minta pertolongan Amir untuk berlakon sebagai bf dia semata-mata nak buat bf sebenar dia (Azhar a.k.a Jaha) jeles. Manakala Natalia merupakan kawan Jun.Tp watak yang paling aku suka adalah Shah, second hero merangkap sahabat baik Amir. Diaorang kenal kat oversea di mana Amir kenal Su.
Shah : Eh, dia makin lawa ek skang?
Amir : Dari kat Germany lagi dah lawa dah. Kalau tak, takkan aku pilih.
Shah : Ni lawa lain beb. Aku rasa dia cucuk Botox la.
Amir : Ye? Kat mana?
Shah : Kat pipi la, bongok.
Hahaha... kan dah kena.
Ada lagi satu part aku suka masa Amir nak korek rahsia siapa sebenarnya awek yang Shah suka.
Amir : Risau aku dengan ko ni Shah. Ko bercinta dengan nenek orang ke apa? Gaya macam cinta terlarang giler sampai aku pun ko tak bagitau.
Shah : Melampau ar tu, nenek orang.
Amir : Aku dah kenal ko lama la Shah. Dari dulu sampai sekarang ko takde awek. Aku boleh buat dua kesimpulan je.. ko gay ataupun ko tengah tunggu orang. Ko nak aku sebarkan berita kata ko gay tak?
Shah : Aku kan... tak sampai hati nak hantar ko kat wad orang gila tau. Tapi kalau ko teruskan dengan perangai ni, nampaknya aku dah takde pilihan. Aku lebih rela ko dapat rawatan yang sepatutnya.
Su putus ngan Amir sebab Su yang tinggalkan dia. Nanar gak r Amir dibuatnya. Jun yang pada mulanya suh Amir berlakon jad bf dia tp last-last dia betul-betul jatuh cinta kat Amir. Natalia ni bukan pilihan Amir tapi dia yang offer diri sendiri kat Amir. Amir ngan Shah tetiba ada konflik. Amir pergi tempat Shah lepas konflik, malangnya dia dah terlambat. Shah dah pergi Australia. Tapi Shah ada tinggalkan sepucuk surat untuk Amir. Di antara part yang aku rasa sedih bila Amir terus balik kampung sekembali dia dari Australia sebab mencari Shah. Sampai kampung waktu subuh, ni umah Tok Wan dia.
Macam-macam konflik berlaku, Amir kena bantai dengan geng Jaha, Su koma sebab eksiden, Shah pulak membawa diri. Bila sedar apa yang berlaku selama ni tak betul, dengan sokongan Dato' Rizwan iaitu ayah Amir, akhirnya Amir merancang untuk berjumpa psychologist yang juga mempunyai kisah tersendiri tetapi sangat tenang dalam mengahadapi segalanya. Bila Amir tanya apa petua yang membuatkan dia begitu optimistik pasal hidup, jawapan daripada dia, suh Amir bukak Al-Quran. Surah 94, ayat 5 hingga 8.
Kalau nak tau apa sebenarnya yang berlaku, nape Su minta putus, nape akhirnya Amir tinggalkan Jun, siapa sebenarnya awek yang Shah rahsiakan selama ini, apa kandungan surat dia, nape babak masa Amir sampai kampung tu buat kita tersentuh dan apa sebenarnya perkara tak betul yang berlaku pada Amir, korang kenalah dapatkan buku Kelabu. Sound direct ek. Aku takde kena mengena dengan penulis, penerbit atau sesiapa pun, apa pun yang berkaitan dengan Fixi. Aku cuma pembaca semata-mata. Sumpah tak tipu, buku ni memang best. Bukan jenis novel yang biasa kita baca yang mana ending dia kita dah tau. Kalau tak tau pun paling-paling kita boleh agak. Tetapi Kelabu ni dah last-last barulah laa.... gitu rupanya. Tak rugi beli. Setakat yang ni Fixi memang suka terbitkan novel yang lain daripada yang lain. Pasal tu aku suka sebab dari zaman remaja dok baca novel yang jalan cite yang kurang lebih sama jer. Semoga dia teruskan macam tu. Terbitkan karya yang terbaik dari ladang. Keep it up Nadia Khan and opkos lah Fixi kena maintain dengan karya yang meletop.
Penulis : Nadia Khan
Muka Surat : 456 (cantik jer m/s dia)
Harga : RM24.90
Cetakan Pertama : Disember 2011
Cetakan Kedua : Febuari 2012
Cetakan Ketiga : April 2012
*Untuk makluman aku takde kena mengena dengan penerbit, penulis, pencetak atau sesiapa/apa-apa yang berkaitan dengan buku ni. Aku hanya pembaca. Jadi apa yang aku tulis hanya pandangan aku semata-mata tiada niat untuk memburukan/mengaibkan/menciplak, dll. Lain pembaca lainlah pendapat dia.