Lepas review Murtad dulu aku pernah janji nak review koleksi novel Fixi aku yang lain. Malangnya janji tinggal janji. Buku Fixi aku dah makin bertambah tapi review nya camtu gak. Aku kena ulang balik membaca baru boleh buat review. Anyway semalam aku beli novel baru, banyak lagi yang lain aku tak review. Yang ni anggapkan dia bernasib baik sebab aku tengah rajin.
Tajuk Novel : The Wedding Breaker (TWB)
Penerbit : Karya Seni
Penulis : Evelyn Rose
Bil. Muka Surat : 642
Harga : Semenanjung RM25.00, Sabah/Sarawak RM28.00
TWB mengisahkan Ariani Rose yang tiba-tiba muncul saat Adam nak bernikah dengan Juwita. Ariana mengaku yang dia sedang mengandungkan anak Adam yang memang dikenali dengan sikap kaki pompuan. Disebabkan kehadiran Ariana majlis pernikahan dibatalkan.
Adam yang tak berpuas hati mengarahkan konco-konco dia untuk menyiasat siapa sebenarnya Ariana. Lepas dapat butiran mengenai Ariana, Adam dan konco-konco telah melarikan Ariana. Niat asal cuma nak gertak jer, tapi kerana ego yang tinggi Adam telah merogol Ariana. Kemudian baru dia sedari Ariana sebenarnya masih suci. Kekacauan yang berlaku semasa pernikahan Adam adalah rancangan Juwita yang tak nak bersuamikan Adam.
Semenjak dari hari itu banyak kebetulan yang berlaku di mana Adam dan Ariana selalu dipertemukan secara tak sengaja. Kehadiran Ariana membawa dimensi baru dalam hidup Adam. Daripada seorang player, pemabuk, kaki club, Adam perlahan-lahan berubah. Bahkan Adam tak malu mengaku pada Ariana yang dia baru belajar Solat. Ada part yang menyentuh perasaan aku. Ni 1st time Adam mengimamkan solat Ariana. Adam minta Ariana doa sendiri sebab dia tak reti nak berdoa dalam bahasa Arab. Jawapan Ariana : Tak apa. Bahasa apa pun yang digunakan Allah tetap faham... (Bagi aku part ni hati Ariana sangat bersih.
Adam dalam diam mula jatuh cinta kepada Ariana. Malangnya sikap Adam lebih kepada ingin memiliki dan mengawal. Sehinggakan 1 hari Adam hampir-hampir merogal Ariana buat kali kedua. Disebabkan peristiwa tersebut, Ariana meletak jawatan dan kembali ke kampung. Pada masa yang sama, ayah Adam datang meminang Ariana untuk Adam. Yang menariknya Adam dan Ariana langsung tidak mengetahui perkara tersebut dan langsung tak berminat untuk mengetahui pasangan yang dipilih oleh orang tua masing-masing. Bahkan Adam merasa sangat kecewa apabila mengetahui yang Ariana telah bertunang.
Bila tengok Adam macam tak berminat nak mengetahui siapa tunangan dia, ayah Adam sengaja gantungkan gambar majlis pertunangan kat umah mereka. Masa bertunang tu Adam tak datang yea. Jadi bangun pagitu bila tengok gambar tu, barulah Adam tau yang Ariana adalah tunang dia. Siap peluk ayah dia lagi pastu bagitau nak kidnap gambar tu nak gantung dalam bilik dia.
So kalau nak tau perjalanan kisah diaorang dapatkan lah novel ni. Serius buku dia best. Aku yang pada mulanya sekadar nak baca 1@2 bab jer, tak sedar aku habiskan semua. Akibatnya aku tido kul 6 pagi. Macam dadah, dah baca tak boleh benti. Lawak dan ada part2 yang menyentuh perasaan. Tetiba eh... air mata menitik ler pulak. Memang aku baca penuh penghayatan. Sebelum ni aku tak pernah beli karya penulis ni. Nampaknya sorang lagi lah penulis novel akan jadi pebret aku.
*Untuk makluman aku takde kena mengena dengan penerbit, penulis, pencetak atau sesiapa/apa-apa yang berkaitan dengan buku ni. Aku hanya pembaca. Jadi apa yang aku tulis hanya pandangan aku semata-mata tiada niat untuk memburukan/mengaibkan/menciplak, dll. Lain pembaca lainlah pendapat dia.