Pages

May 22, 2013

Kenangan daripada Dato' Seri Samy Vellu

Dato’ Seri Samy Vellu finally and officially resigned from his post of the longest MIC President ever live, after leading the party for almost 31 years. The Malaysian Insiders has its story here. Frankly, I will miss him very much especially for all his funny quotes he made all these years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, "We will miss Dato’ Seri Samy Vellu because he add a lot of color … sometimes a bit too much color". Therefore, as a token of appreciation, I just want to share his famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.

1. Samy Velu quoted on Pos Laju: "Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy Velu said in one of his "ceramah":
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang-worang kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favorite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!"

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang-worang muda sekarang banyak suka hisap dada"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dara"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been "saudara-saudari")

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

And of course the world's greatest joke of all times:
"Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pegi matahari. Barulah USA, Russia, respect sama kita…"

One of the reporter responded, "Tapi Dato' Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi sana?"

"Cit! Itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahun jadi mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang, manyak panas. kita pigi malam, baru ada sujuk…"


*Post ni aku copy dari facebook kawan

April 22, 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013


Pesta yang di nanti akan tiba. Yehaaa..... 
Setiap tahun memang tak pernah miss untuk pergi sini.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang ke 32 akan diadakan pada 
26 April 2013 - 5 May 2013
Bertempat di PCTW - Dewan Tun Hussein On, Dewan Tun Dr. Ismail, Dewan Tun Razak 3 dan 4 dan Legar Putra PWTC.
Masuk adalah PERCUMA. Masa dari 10 pagi hingga 9 malam.
Tema kali ini adalah "Buku Menjana Kepintaran Kreatif".

Maklumat lanjut klik sini : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013







April 16, 2013

Kelabu

* Gambar aku ambik dari website fixi

Kelabu ni merupakan novel terbitan Fixi yang pertama aku beli. Sumpah lepas baca Kelabu ni, dalam tahun pertama aku jadi pengikut tegar novel Fixi. Boleh dikatakan masa tu pantang jupe novel Fixi mesti nak beli. Kena pulak novel keluaran Fixi bukan semua kedai buku ada. So bile jupe jer terus rembat. Sekarang ni dah slowdown sikit, bukan pasal cite tak best, buku terbitan syarikat lain pun aku dah kurang beli.

Kelabu ni mengisahkan tentang Amir yang yang menjadi rebutan gadis seperti Jun, Su, Natalia.Su ni memang ex gf Amir, Jun pada mulanya hanya minta pertolongan Amir untuk berlakon sebagai bf dia semata-mata nak buat bf sebenar dia (Azhar a.k.a Jaha) jeles. Manakala Natalia merupakan kawan Jun.Tp watak yang paling aku suka adalah Shah, second hero merangkap sahabat baik Amir. Diaorang kenal kat oversea di mana Amir kenal Su. 

Shah : Eh, dia makin lawa ek skang?
Amir : Dari kat Germany lagi dah lawa dah. Kalau tak, takkan aku pilih.
Shah : Ni lawa lain beb. Aku rasa dia cucuk Botox la.
Amir : Ye? Kat mana?
Shah : Kat pipi la, bongok.
Hahaha... kan dah kena.

Ada lagi satu part aku suka masa Amir nak korek rahsia siapa sebenarnya awek yang Shah suka.

Amir : Risau aku dengan ko ni Shah. Ko bercinta dengan nenek orang ke apa? Gaya macam cinta terlarang giler sampai aku pun ko tak bagitau.
Shah : Melampau ar tu, nenek orang.
Amir : Aku dah kenal ko lama la Shah. Dari dulu sampai sekarang ko takde awek. Aku boleh buat dua kesimpulan je.. ko gay ataupun ko tengah tunggu orang. Ko nak aku sebarkan berita kata ko gay tak?
Shah : Aku kan... tak sampai hati nak hantar ko kat wad orang gila tau. Tapi kalau ko teruskan dengan perangai ni, nampaknya aku dah takde pilihan. Aku lebih rela ko dapat rawatan yang sepatutnya.

Su putus ngan Amir sebab Su yang tinggalkan dia. Nanar gak r Amir dibuatnya. Jun yang pada mulanya suh Amir berlakon jad bf dia tp last-last dia betul-betul jatuh cinta kat Amir. Natalia ni bukan pilihan Amir tapi dia yang offer diri sendiri kat Amir. Amir ngan Shah tetiba ada konflik. Amir pergi tempat Shah lepas konflik, malangnya dia dah terlambat. Shah dah pergi Australia. Tapi Shah ada tinggalkan sepucuk surat untuk Amir. Di antara part yang aku rasa sedih bila Amir terus balik kampung sekembali dia dari Australia sebab mencari Shah. Sampai kampung waktu subuh, ni umah Tok Wan dia. 

Macam-macam konflik berlaku, Amir kena bantai dengan geng Jaha, Su koma sebab eksiden, Shah pulak membawa diri. Bila sedar apa yang berlaku selama ni tak betul, dengan sokongan Dato' Rizwan iaitu ayah Amir, akhirnya Amir merancang untuk berjumpa psychologist yang juga mempunyai kisah tersendiri tetapi sangat tenang dalam mengahadapi segalanya. Bila Amir tanya apa petua yang membuatkan dia begitu optimistik pasal hidup, jawapan daripada dia, suh Amir bukak Al-Quran. Surah 94, ayat 5 hingga 8.

Kalau nak tau apa sebenarnya yang berlaku, nape Su minta putus, nape akhirnya Amir tinggalkan Jun, siapa sebenarnya awek yang Shah rahsiakan selama ini, apa kandungan surat dia, nape babak masa Amir sampai kampung tu buat kita tersentuh dan apa sebenarnya perkara tak betul yang berlaku pada Amir, korang kenalah dapatkan buku Kelabu. Sound direct ek. Aku takde kena mengena dengan penulis, penerbit atau sesiapa pun, apa pun yang berkaitan dengan Fixi. Aku cuma pembaca semata-mata. Sumpah tak tipu, buku ni memang best. Bukan jenis novel yang biasa kita baca yang mana ending dia kita dah tau. Kalau tak tau pun paling-paling kita boleh agak. Tetapi Kelabu ni dah last-last barulah laa.... gitu rupanya. Tak rugi beli. Setakat yang ni Fixi memang suka terbitkan novel yang lain daripada yang lain. Pasal tu aku suka sebab dari zaman remaja dok baca novel yang jalan cite yang kurang lebih sama jer. Semoga dia teruskan macam tu. Terbitkan karya yang terbaik dari ladang. Keep it up Nadia Khan and opkos lah Fixi kena maintain dengan karya yang meletop.

Penulis : Nadia Khan
Muka Surat : 456 (cantik jer m/s dia)
Harga : RM24.90
Cetakan Pertama : Disember 2011
Cetakan Kedua : Febuari 2012
Cetakan Ketiga : April 2012


*Untuk makluman aku takde kena mengena dengan penerbit, penulis, pencetak atau sesiapa/apa-apa yang berkaitan dengan buku ni. Aku hanya pembaca. Jadi apa yang aku tulis hanya pandangan aku semata-mata tiada niat untuk memburukan/mengaibkan/menciplak, dll. Lain pembaca lainlah pendapat dia.




March 25, 2013

Kehilangan

Harini buat keje kat opis smabil dengar radio. Tetiba dengar lagu ni. Music dia macam best jer. Aku pun search r. Tak tajuk atau penyanyi takde masalah. Taip jer sepatah dua perkataan daripada lirik yang aku dengar tu, kat Google, jumpe r. Tapi memang best r lagu ni. Aku dok ulang banyak kali. Makin lama dengan makin menyentuh perasaan pulak. Feeling gitu. Awwww....


KEHILANGAN - FIRMAN Ft QDOY

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa telah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan kusia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan kusia-siakan kamu lagi
Takkan kusia-siakan kamu lagi...

March 24, 2013

The Wedding Breaker


Lepas review Murtad dulu aku pernah janji nak review koleksi novel Fixi aku yang lain. Malangnya janji tinggal janji. Buku Fixi aku dah makin bertambah tapi review nya camtu gak. Aku kena ulang balik membaca baru boleh buat review. Anyway semalam aku beli novel baru, banyak lagi yang lain aku tak review. Yang ni anggapkan dia bernasib baik sebab aku tengah rajin. 

Tajuk Novel : The Wedding Breaker (TWB)
Penerbit : Karya Seni
Penulis : Evelyn Rose
Bil. Muka Surat : 642
Harga : Semenanjung RM25.00, Sabah/Sarawak RM28.00

TWB mengisahkan Ariani Rose yang tiba-tiba muncul saat Adam nak bernikah dengan Juwita. Ariana mengaku yang dia sedang mengandungkan anak Adam yang memang dikenali dengan sikap kaki pompuan. Disebabkan kehadiran Ariana majlis pernikahan dibatalkan.

Adam yang tak berpuas hati mengarahkan konco-konco dia untuk menyiasat siapa sebenarnya Ariana.  Lepas dapat butiran mengenai Ariana, Adam dan konco-konco telah melarikan Ariana. Niat asal cuma nak gertak jer, tapi kerana ego yang tinggi Adam telah merogol Ariana. Kemudian baru dia sedari Ariana sebenarnya masih suci. Kekacauan yang berlaku semasa pernikahan Adam adalah rancangan Juwita yang tak nak bersuamikan Adam.

Semenjak dari hari itu banyak kebetulan yang berlaku di mana Adam dan Ariana selalu dipertemukan secara tak sengaja. Kehadiran Ariana membawa dimensi baru dalam hidup Adam. Daripada seorang player, pemabuk, kaki club, Adam perlahan-lahan berubah. Bahkan Adam tak malu mengaku pada Ariana yang dia baru belajar Solat. Ada part yang menyentuh perasaan aku. Ni 1st time Adam mengimamkan solat Ariana. Adam minta Ariana doa sendiri sebab dia tak reti nak berdoa dalam bahasa  Arab. Jawapan Ariana : Tak apa. Bahasa apa pun yang digunakan Allah tetap faham... (Bagi aku part ni hati Ariana sangat bersih.

Adam dalam diam mula jatuh cinta kepada Ariana. Malangnya sikap Adam lebih kepada ingin memiliki dan mengawal. Sehinggakan 1 hari Adam hampir-hampir merogal Ariana buat kali kedua. Disebabkan peristiwa tersebut, Ariana meletak jawatan dan kembali ke kampung. Pada masa yang sama, ayah Adam   datang meminang Ariana untuk Adam. Yang menariknya Adam dan Ariana langsung tidak mengetahui perkara tersebut dan langsung tak berminat untuk mengetahui pasangan yang dipilih oleh orang tua masing-masing. Bahkan Adam merasa sangat kecewa apabila mengetahui yang Ariana telah bertunang. 

Bila tengok Adam macam tak berminat nak mengetahui siapa tunangan dia, ayah Adam sengaja gantungkan gambar majlis pertunangan kat umah mereka. Masa bertunang tu Adam tak datang yea. Jadi bangun pagitu bila tengok gambar tu, barulah Adam tau yang Ariana adalah tunang dia. Siap peluk ayah dia lagi pastu bagitau nak kidnap gambar tu nak gantung dalam bilik dia. 

So kalau nak tau perjalanan kisah diaorang dapatkan lah novel ni. Serius buku dia best. Aku yang pada mulanya sekadar nak baca 1@2 bab jer, tak sedar aku habiskan semua. Akibatnya aku tido kul 6 pagi. Macam dadah, dah baca tak boleh benti. Lawak dan ada part2 yang menyentuh perasaan. Tetiba eh... air mata menitik ler pulak. Memang aku baca penuh penghayatan. Sebelum ni aku tak pernah beli karya penulis ni. Nampaknya sorang lagi lah penulis novel akan jadi pebret aku.

*Untuk makluman aku takde kena mengena dengan penerbit, penulis, pencetak atau sesiapa/apa-apa yang berkaitan dengan buku ni. Aku hanya pembaca. Jadi apa yang aku tulis hanya pandangan aku semata-mata tiada niat untuk memburukan/mengaibkan/menciplak, dll. Lain pembaca lainlah pendapat dia.





March 23, 2013

Percaya Padaku


Surf and surf and keep surfing. Tetiba jumpa lagu ni. Remind me of someone which i miss badly.

UNGU - PERCAYA PADAKU



Aku tak tahu, apa yang ku rasakan
dalam hatiku, saat pertama kali
lihat dirimu, melihat mu

Seluruh tubuhku, terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

Chorus
Berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku 
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku

Saatku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku 'tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu
betapa ku terlalu mencintaimu 
aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

Ulang chorus

Tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

Ulang Chorus

Berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku

Tukar Template

Weekend duk umah, xde keje jd sepanjang hari surf internet. Tetiba teringat kat blog aku yang syok sendiri ni. Macam bosan r pulak aku tengok template dan background sedia ada. Godak-godak aku cari r template yang agak-agak berkenan di hati.

Template baru ni aku suka. Terutamanya tang popular post kat tepi tu. Tapi masalahnya background dia tak ubah sebab aku taknak delete wiget daripada template yang lama. Aku pun malas nak godak HTML tu. Kang lagi berterabur jadinya. Aku ni pun bukan pandai pun. Main redah jer. Jadi yang baru ni, gini r ghupenya.

Boleh r.


March 11, 2013

Kisah Lucu

Baca suratkhabar sambil online. Suratkhabar yang aku baca pulak semalam punya. Memang selalu ketinggalan aku. Baca pulak bahagian hiburan, kisah lucu. Memandangkan blog ni pun lama dah tak apdet. Aku sharelah kat sini.

Kisah #1

TELUR

Jimmy ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulan tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jimmy berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jimmy dengan penuh teruja menceritakan semula kemalangan yang dilihat kepada ibunya.

Jimmy: Dasyat ibu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pula putus, kepala pecah, perut terburai.
Ibu: Telurnya mana.
Jimmy: Err... Jimmy tak tahu pula ke mana tercampaknya!

Kisah #2

UNTUK APA DATANG SINI

Pensyarah: Hei kamau yang berdiri di belakang. Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang?
Lelaki: Maaf, saya tidak tahu.. encik.
Pensyarah: Apa? Tidak Tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangan?
Lelaki: Maaf, saya tidak tahu juga encik.
Pensyarah: Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?
Lelaki: Saya datang mahu memeriksa kabel lampu ini. Saya petugas TNB.

Sumber: Mingguan Malaysia

January 18, 2013

Rindu

Damm... 

Aku merindui dia yang teramat sangat harini.

No news, nothing.

Dammm u....

Sebenarnya semalam ada cerita di sebaliknya. Tapi tak sempat nak cerita.

Nanti-nanti lah.

How could u.