Pages

December 23, 2012

Perpisahan Ini

Masa itu akhirnya tiba jua.

Nak mengelak, nak melarikan diri, masa tetap menghampiri.

Perit seh.... Walau kitaorang bersama cuma seketika, tapi kenangan yang tinggal akan kekal untuk selama-lamanya. Pelikkan, aku cuma kenal dia sekejap jer, tapi rasa macam dah bertahun-tahun kitaorang bersama. Boleh bergurau senda, bergelak ketawa, nyembang selamba jer. Takde protokol, tak perlu nak cover. Kalau aku nak gelak kuat-kuat pun takde masalah. Pendek kata kalau aku nak sepak dia pun ok jer. Hahaha... berani ker.

Sekarang dia pergi untuk sebuah kehidupan yang lebih baik demi masa depan. Di hari terakhir dia, takde satu saat pun aku tak ingat dia. Sampaikan bila aku tido, aku boleh terjaga sebab macam terdengar lagu yang dia guna untuk ringtone dia. Hish... parah, memang parah. Hari pertama tanpa dia, gile terasa, hari kedua cuba untuk berlagak selamba, hari ketiga, ok aku yakin boleh. "Sebelum ni pun hidup tanpa dia, elok jer, so sekarang ni life back to the way it used to be". Tapi kenyataannya tak semudah yang diucapkan.

Di sebalik perpisahan ini ada rahmat yang tersembunyi. Walau pun aku tak pernah ungkapkan tapi aku percaya, dia tau apa yang aku rasa. Walau hari-hari dia ungkapkan, aku seboleh-bolehnya untuk tidak mempercayai. Hubungan yang tercipta adalah sesuatu yang amat mustahil untuk berkekalan selamanya. Yang kekal adalah memori dan kenangan Betul kata dia, aku akan ingat sampai bila-bila. Yelah kot, melainkan aku  hilang ingatan jer. Perpisahan ini adalah yang terbaik sebelum ada hati yang terluka.

"Awak, jika takdir Allah mahukan kita bersama, jika saya terima qada dan qadar yang tertulis, belum tentu saya boleh pertahankan cinta ini seperti yang awak inginkan. Maafkan saya. Saya pasti awak mengerti kenapa. Terima kasih untuk kenangan yang awak tinggalkan. Terlalu indah untuk dilupakan"

I Miss You So Much

December 6, 2012

Sayang - Zamree


Kebelakangan ni. degupan jantung aku rasa tak menentu. Kejap laju, kejap pelan. Jangan benti berdegup sudah. Amalan belum cukup lagi. Ada sorang sahabat yang semakin lama semakin rapat, tapi terasa semakin jauh. Aku senang bila bersama dia. Sikap dia yang selamba tapi masih tahu di mana batasan dia, perangai gila-gila yang sentiasa buat aku ceria, kata-kata dia yang tak penah nak menyakitkan hati, keprihatinan dia yang buat aku rasa sangat dihargai. Menghitung hari kerana rezeki dia bukan disini lagi tapi diberikan rezeki yang lebih baik di sana.

Memikirkan hari-hari yang mendatang takkan sama seperti sekarang, ada rasa pilu di hati. Susah nak diterangkan. Teringat pun boleh buat sebak, apatah lagi bila tiba masanya nanti. Sungguh aku bersyukur dan menghargai saat-saat dia ada disisi. Walaupun cuma sementara tetapi meninggalkan kesan yang mendalam. Semoga dia mendapat yang terbaik disana. Terima kasih untuk segalanya. Seketika cuma tapi tak mungkin akan dilupa.

Sayang

Sayang
Bagai ada suara yang halus
Yang memanggil aku mencarimu
Namun perjalanan ini semakin terhenti
Dipagari duri-duri

Sayang...
Daku cuba miliki hatimu
Persis hari-hari ku yang lalu
Namun kemesraan ini setakat di sini
Tidak ku terdaya lagi

Demi hati yang semakin tersiksa 
Mencari-cari harga diri
Aku bagai tersingkir
Mengharap pengertian
Juga keyakinan
Agar dapat ku teruskan perjalanan ini
Biarpun kita tak mungkin bersama

Sayang
Daku cuba miliki hatimu
Persis hari-hari ku yang lalu
Namun kemesraan ini setakat di sini
Tidak ku terdaya lagi