Pages

May 22, 2013

Kenangan daripada Dato' Seri Samy Vellu

Dato’ Seri Samy Vellu finally and officially resigned from his post of the longest MIC President ever live, after leading the party for almost 31 years. The Malaysian Insiders has its story here. Frankly, I will miss him very much especially for all his funny quotes he made all these years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, "We will miss Dato’ Seri Samy Vellu because he add a lot of color … sometimes a bit too much color". Therefore, as a token of appreciation, I just want to share his famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.

1. Samy Velu quoted on Pos Laju: "Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy Velu said in one of his "ceramah":
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang-worang kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favorite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!"

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang-worang muda sekarang banyak suka hisap dada"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dara"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been "saudara-saudari")

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

And of course the world's greatest joke of all times:
"Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pegi matahari. Barulah USA, Russia, respect sama kita…"

One of the reporter responded, "Tapi Dato' Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi sana?"

"Cit! Itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahun jadi mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang, manyak panas. kita pigi malam, baru ada sujuk…"


*Post ni aku copy dari facebook kawan

April 22, 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013


Pesta yang di nanti akan tiba. Yehaaa..... 
Setiap tahun memang tak pernah miss untuk pergi sini.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang ke 32 akan diadakan pada 
26 April 2013 - 5 May 2013
Bertempat di PCTW - Dewan Tun Hussein On, Dewan Tun Dr. Ismail, Dewan Tun Razak 3 dan 4 dan Legar Putra PWTC.
Masuk adalah PERCUMA. Masa dari 10 pagi hingga 9 malam.
Tema kali ini adalah "Buku Menjana Kepintaran Kreatif".

Maklumat lanjut klik sini : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013







April 16, 2013

Kelabu

* Gambar aku ambik dari website fixi

Kelabu ni merupakan novel terbitan Fixi yang pertama aku beli. Sumpah lepas baca Kelabu ni, dalam tahun pertama aku jadi pengikut tegar novel Fixi. Boleh dikatakan masa tu pantang jupe novel Fixi mesti nak beli. Kena pulak novel keluaran Fixi bukan semua kedai buku ada. So bile jupe jer terus rembat. Sekarang ni dah slowdown sikit, bukan pasal cite tak best, buku terbitan syarikat lain pun aku dah kurang beli.

Kelabu ni mengisahkan tentang Amir yang yang menjadi rebutan gadis seperti Jun, Su, Natalia.Su ni memang ex gf Amir, Jun pada mulanya hanya minta pertolongan Amir untuk berlakon sebagai bf dia semata-mata nak buat bf sebenar dia (Azhar a.k.a Jaha) jeles. Manakala Natalia merupakan kawan Jun.Tp watak yang paling aku suka adalah Shah, second hero merangkap sahabat baik Amir. Diaorang kenal kat oversea di mana Amir kenal Su. 

Shah : Eh, dia makin lawa ek skang?
Amir : Dari kat Germany lagi dah lawa dah. Kalau tak, takkan aku pilih.
Shah : Ni lawa lain beb. Aku rasa dia cucuk Botox la.
Amir : Ye? Kat mana?
Shah : Kat pipi la, bongok.
Hahaha... kan dah kena.

Ada lagi satu part aku suka masa Amir nak korek rahsia siapa sebenarnya awek yang Shah suka.

Amir : Risau aku dengan ko ni Shah. Ko bercinta dengan nenek orang ke apa? Gaya macam cinta terlarang giler sampai aku pun ko tak bagitau.
Shah : Melampau ar tu, nenek orang.
Amir : Aku dah kenal ko lama la Shah. Dari dulu sampai sekarang ko takde awek. Aku boleh buat dua kesimpulan je.. ko gay ataupun ko tengah tunggu orang. Ko nak aku sebarkan berita kata ko gay tak?
Shah : Aku kan... tak sampai hati nak hantar ko kat wad orang gila tau. Tapi kalau ko teruskan dengan perangai ni, nampaknya aku dah takde pilihan. Aku lebih rela ko dapat rawatan yang sepatutnya.

Su putus ngan Amir sebab Su yang tinggalkan dia. Nanar gak r Amir dibuatnya. Jun yang pada mulanya suh Amir berlakon jad bf dia tp last-last dia betul-betul jatuh cinta kat Amir. Natalia ni bukan pilihan Amir tapi dia yang offer diri sendiri kat Amir. Amir ngan Shah tetiba ada konflik. Amir pergi tempat Shah lepas konflik, malangnya dia dah terlambat. Shah dah pergi Australia. Tapi Shah ada tinggalkan sepucuk surat untuk Amir. Di antara part yang aku rasa sedih bila Amir terus balik kampung sekembali dia dari Australia sebab mencari Shah. Sampai kampung waktu subuh, ni umah Tok Wan dia. 

Macam-macam konflik berlaku, Amir kena bantai dengan geng Jaha, Su koma sebab eksiden, Shah pulak membawa diri. Bila sedar apa yang berlaku selama ni tak betul, dengan sokongan Dato' Rizwan iaitu ayah Amir, akhirnya Amir merancang untuk berjumpa psychologist yang juga mempunyai kisah tersendiri tetapi sangat tenang dalam mengahadapi segalanya. Bila Amir tanya apa petua yang membuatkan dia begitu optimistik pasal hidup, jawapan daripada dia, suh Amir bukak Al-Quran. Surah 94, ayat 5 hingga 8.

Kalau nak tau apa sebenarnya yang berlaku, nape Su minta putus, nape akhirnya Amir tinggalkan Jun, siapa sebenarnya awek yang Shah rahsiakan selama ini, apa kandungan surat dia, nape babak masa Amir sampai kampung tu buat kita tersentuh dan apa sebenarnya perkara tak betul yang berlaku pada Amir, korang kenalah dapatkan buku Kelabu. Sound direct ek. Aku takde kena mengena dengan penulis, penerbit atau sesiapa pun, apa pun yang berkaitan dengan Fixi. Aku cuma pembaca semata-mata. Sumpah tak tipu, buku ni memang best. Bukan jenis novel yang biasa kita baca yang mana ending dia kita dah tau. Kalau tak tau pun paling-paling kita boleh agak. Tetapi Kelabu ni dah last-last barulah laa.... gitu rupanya. Tak rugi beli. Setakat yang ni Fixi memang suka terbitkan novel yang lain daripada yang lain. Pasal tu aku suka sebab dari zaman remaja dok baca novel yang jalan cite yang kurang lebih sama jer. Semoga dia teruskan macam tu. Terbitkan karya yang terbaik dari ladang. Keep it up Nadia Khan and opkos lah Fixi kena maintain dengan karya yang meletop.

Penulis : Nadia Khan
Muka Surat : 456 (cantik jer m/s dia)
Harga : RM24.90
Cetakan Pertama : Disember 2011
Cetakan Kedua : Febuari 2012
Cetakan Ketiga : April 2012


*Untuk makluman aku takde kena mengena dengan penerbit, penulis, pencetak atau sesiapa/apa-apa yang berkaitan dengan buku ni. Aku hanya pembaca. Jadi apa yang aku tulis hanya pandangan aku semata-mata tiada niat untuk memburukan/mengaibkan/menciplak, dll. Lain pembaca lainlah pendapat dia.




March 25, 2013

Kehilangan

Harini buat keje kat opis smabil dengar radio. Tetiba dengar lagu ni. Music dia macam best jer. Aku pun search r. Tak tajuk atau penyanyi takde masalah. Taip jer sepatah dua perkataan daripada lirik yang aku dengar tu, kat Google, jumpe r. Tapi memang best r lagu ni. Aku dok ulang banyak kali. Makin lama dengan makin menyentuh perasaan pulak. Feeling gitu. Awwww....


KEHILANGAN - FIRMAN Ft QDOY

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa telah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan kusia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan kusia-siakan kamu lagi
Takkan kusia-siakan kamu lagi...